Beranda » Opini » Manfaat Diplomasi Pertahanan Jakarta -Kuala Lumpur

Selasa, 20 Juli 2021 - 00:10:12 WIB
Manfaat Diplomasi Pertahanan Jakarta -Kuala Lumpur
Diposting oleh : MelayuToday.com
Kategori: Opini - Dibaca: 100 kali
Manfaat Diplomasi Pertahanan Jakarta dan Kuala Lumpur
 
Oleh DR Mas ud HMN

Dengan Diplomasi  Pertahanan sebagai bagian kerjasama  militer Indonesia dan Malaysia penting, bagi dua Negara dan juga  stabilitas keamanan  kawasan laut Cina Selatan  Sama  seperti gangguan  kelompok  Abu Sayaf. Dengan  kerjasama Jakarta dan Kuala Lumpur mendapat manfaat.
 
Ini terkuak dari pertemuan beberapa minggu lalu Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu datang ke Indonesia  sebagai kunjungan balasan  rakan sejawat Prabowo Subianto, yang melawat Malaysia tahun lalu.
 
Selepas dilantik Menteri Pertahanan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, pada Oktober tahun lalu, negara pertama dilawati Prabowo ialah Malaysia dan beliau melakukan kunjungan kehormatan  ke Kuala lumpur Esensinya  demi meneruskan tradisi keakraban ini.
 
”Saya membawa bersama delegasi Kementerian Pertahanan, sekali gus membincangkan pelbagai isu yang mengaitkan kepentingan kedua-dua Negara? kata Menteri Pertahanan Malaysia. Katanya  lagi, Ini  untuk menunjukkan kesungguhan memantapkan diplomasi pertahanan antara kedua-dua negara, saya memilih terbang ke Jakarta menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN-235 buatan Indonesia.
 
Selain pertemuan empat mata antara saya dengan Prabowo, perbincangan bilateral antara delegasi Malaysia dan Indonesia berjalan begitu mesra, ibarat satu keluarga besar. Antara  lain dibincangkan secara serius ialah bagaimana untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah, khususnya di Laut Sulu dan Laut Sulawesi.
 
Dalam perbincangan itu juga, kedua-dua pihak  percaya dan berkeyakinan terhadap inisiatif rondaan tiga negara menerusi Perjanjian Pelaksanaan Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina, untuk mencegah jenayah rentas sempadan daripada berlaku di Laut Sulu dan Laut Sulawesi”.
 
Ini diucapkan jelas  oleh Menteri Pertahanan Malaysia. “Saya menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memberikan komitmen tinggi dalam menjaga keselamatan kawasan perairan ini?,"katamya.
 
Lalu ia menambahkan dengan  berkata “Kami berdua bersetuju untuk mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana, pada Februari depan untuk membincangkan bersama usaha bagi memantapkan lagi kerjasama TCA”.
 
Tajuk kedua dibincangkan secara serius dalam pertemuan kali ini ialah bagaimana Malaysia dan Indonesia dapat bekerjasama lebih erat dalam membangunkan industri pertahanan antara dua negara.
Walaupun sudah ada kerjasama antara Malaysia dan Indonesia sebelum ini, saya berasakan kita masih boleh memantapkannya demi kepentingan bersama.
 
Misalnya Malaysia berupaya melaksanakan tugas penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat Hercules C-130 buatan Amerika Syarikat, selain pesawat pejuang Sukhoi Su-30 buatan Russia yang turut digunakan Tentera Udara Indonesia.
 
Di Indonesia pula, industri pembinaan pesawat dan pembinaan kapal sedang berkembang luas. Adalah merugikan sekiranya Malaysia dan Indonesia tidak memanfaatkan kepakaran yang ada ini, demi pembangunan industri pertahanan kedua-dua negara.
 
Dalam pertemuan kali ini kesepakatan dicapai antara Malaysia dan Indonesia untuk meneliti lebih mendalam mengenai perkara ini. Perbincangan susulan akan diadakan dalam pertemuan akan datang untuk mengeratkan kerjasama dalam industri pertahanan kedua-dua negara.
 
Juga mewmbicarakan tentang Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia Ke-42 yang akan diadakan di Malaysia tahun ini, sekitar September atau Oktober.Ini  kespakatantahunan antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Indonesia. Sebelum ini, mesyuarat berkenaan diadakan di Bali, Indonesia.
 
Pada akhir  pertemuan i, pihal Malaysia turut  menerahkan undangan  kepada Prabowo dan Kementerian Pertahanan Indonesia untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2020 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2020 yang akan diadakan di Kuala Lumpur antara 20 hingga 23 April tahun ini.
Diharapkan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Indonesia ini akan dapat dipertingkatkan lagi ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang, sekali gus memberikan manfaat kepada kedua-dua negara Asia Tenggara ini.Jayalah  dan lestarilah hubungan baik Indonesia Malaysia.
 
Jakarta 3 Februari 2020
 

BERITA TERKAIT

Home | Headline| Nasional| Megapolitan| Nusantara| Ekonomi| Teknologi| Profil| Lipsus| Hiburan| Sususunan Redaksi
© 2013 www.MelayuToday.com - All rights reserved | Diterbitkan oleh Pusat Kajian Peradaban Melayu (PKPM)