Beranda » Melayu English » Manfaat Diplomasi Pertahanan Jakarta dan Kuala Lumpur

Rabu, 05 Februari 2020 - 21:05:20 WIB
Manfaat Diplomasi Pertahanan Jakarta dan Kuala Lumpur
Diposting oleh : MelayuToday.com
Kategori: Melayu English - Dibaca: 174 kali

Oleh DR Mas ud HMN

Dengan Diplomasi Pertahanan sebagai bagian kerjasama militer Indonesia dan Malaysia penting, bagi dua Negara dan juga stibiltas keamanan kawasan laut Cina Selatan Sama seperti gangguan kelompok Abu Sayaf. Dengan kerjasama Jakarta dan Kuala Lumpur mendapat mamfaat

Ini terkuak saei pertemuan berapa minggu lalu Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu datang ke Indonesia sebagai kunjungan balasan rakan sejawat Prabowo Subianto, yang melawat Malaysia tahun lalu.

Selepas dilantik Menteri Pertahanan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, pada Oktober tahun lalu, negara pertama dilawati Prabowo ialah Malaysia dan beliau melakukan kunjungan ke hormatam ke Kuala lumpur Esensinya demi meneruskan tradisi keakraban ini ,” Saya membawa bersama delegasi Kementerian Pertahanan, sekali gus membincangkan pelbagai isu yang membabitkan kepentingan kedua-dua Negara? kata Menteri Pertahanan Malaysia.

Katanya lagi> Ini untuk menunjukkan kesungguhan memantapkan diplomasi pertahanan antara kedua-dua negara, saya memilih terbang ke Jakarta menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN-235 buatan Indonesia.Selain pertemuan empat mata antara saya dengan Prabowo, perbincangan bilateral antara delegasi Malaysia dan Indonesia berjalan begitu mesra, ibarat satu keluarga besar.Antara dibincangkan secara serius ialah bagaimana untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah, khususnya di Laut Sulu dan Laut Sulawesi.>:Dalam perbincangan itu juga, kedua-dua pihak percayadan berkeyakinan terhadap inisiatif rondaan tiga negara menerusi Perjanjian Pelaksanaan Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina, untuk mencegah jenayah rentas sempadan daripada berlaku di Laut Sulu dan Laut Sulawes”

Ini diucapkan jelas oleh Menteri Pertashanan Malaysi “Saya menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memberikan komitmen tinggi dalam menjaga keselamatan kawasan perairan ini? katamya.

Lalu ia menambahkan dengan berkata “Kami berdua bersetuju untuk mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana, pada Februari depan untuk membincangkan bersama usaha bagi memantapkan lagi kerjasama TCA”.

Tajuk kedua dibincangkan secara serius dalam pertemuan kali ini ialah bagaimana Malaysia dan Indonesia dapat bekerjasama lebih erat dalam membangunkan industri pertahanan antara dua negara.

Walaupun sudah ada kerjasama antara Malaysia dan Indonesia sebelum ini, saya berasakan kita masih boleh memantapkannya demi kepentingan bersama.

Misalnya Malaysia berupaya melaksanakan tugas penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat Hercules C-130 buatan Amerika Syarikat, selain pesawat pejuang Sukhoi Su-30 buatan Russia yang turut digunakan Tentera Udara Indonesia.

Di Indonesia pula, industri pembinaan pesawat dan pembinaan kapal sedang berkembang luas. Adalah merugikan sekiranya Malaysia dan Indonesia tidak memanfaatkan kepakaran yang ada ini, demi pembangunan industri pertahanan kedua-dua negara.

Dalam pertemuan kali ini kesepakatan dicapai antara Malaysia dan Indonesia untuk meneliti lebih mendalam mengenai perkara ini. Perbincangan susulan akan diadakan dalam pertemuan akan datang untuk mengeratkan kerjasama dalam industri pertahanan kedua-dua negara.

Juga mewmbicarakan tentang Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia Ke-42 yang akan diadakan di Malaysia tahun ini, sekitar September atau Oktober.Ini kespakatantahunan antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Indonesia. Sebelum ini, mesyuarat berkenaan diadakan di Bali, Indonesia.

Pada akhir pertemuan i, pihal Malaysia turut menerahkan undangan kepada Prabowo dan Kementerian Pertahanan Indonesia untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2020 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2020 yang akan diadakan di Kuala Lumpur antara 20 hingga 23 April tahun ini.

Diharapkan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Indonesia ini akan dapat dipertingkatkan lagi ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang, sekali gus memberikan manfaat kepada kedua-dua negara Asia Tenggara ini.Jayalah dan lestarilah hubungan baik Indonesia Malaysia

Jakarta 3 Februari 2020


BERITA TERKAIT

Home | Headline| Nasional| Megapolitan| Nusantara| Ekonomi| Teknologi| Profil| Lipsus| Hiburan| Sususunan Redaksi
© 2013 www.MelayuToday.com - All rights reserved | Diterbitkan oleh Pusat Kajian Peradaban Melayu (PKPM)