Beranda » Pendidikan » Dubes Malaysia Datuk Zainal Abidin Bakar Resmikan Pameran Pendidikan Malaysia

Minggu, 17 November 2019 - 14:43:15 WIB
Dubes Malaysia Datuk Zainal Abidin Bakar Resmikan Pameran Pendidikan Malaysia
Diposting oleh : MelayuToday.com
Kategori: Pendidikan - Dibaca: 51 kali

Dubes Malaysia Untuk Indonesia Resmikan PAMERAN PENDIDIKAN AYO KULIAH DI MALAYSIA 4.0 Jakarta, Melayutoday,- Pada 16 & 17 NOVEMBER 2019 (SABTU & AHAD) Berlangsung pameran pendidikan Malaysia yang diadakan oleh Education Malaysia Indonesia ( EMI) di kawasan Kedutaan Besar Malaysia Kuningan Jakarta. Acara diresmikan oleh Dubes Malaysia untuk Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar yang didampingi oleh Direktur EMI, Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun, Hadir juga pada peresmian tersebut, Esther Low Director, Marketing & Communications Education Malaysia Global Services, Haji Norman Zainal Abidin Senior Regional Manager Education Malaysia Global Services, Ketua-ketua Jabatan Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta seeta Delegasi Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia, juga hadir dari KEMENDIKBUD, KEMENAG. Dubes mengucapkan syabas dan tahniah kepada Education Malaysia Indonesia di atas penganjuran pameran pendidikan Ayo Kuliah di Malaysia yang dianjurkan untuk kali ke-empat di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta. Ayo Kuliah di Malaysia merupakan promosi pendidikan yang mengenengahkan konsep Terdekat, Terjangkau dan Terakui. Malaysia yang terletak berdekatan dengan Indonesia, menawarkan berbagai jenis program pendidikan yang diakui secara internasional dengan biaya hidup dan kuliah yang sangat terjangkau. Sebanyak 27 universitas dari Malaysia telah hadir bersama dalam acara pada kali ini iaitu 11 universitas negeri, 5 Government Link University (GLU) dan 11 universitas swasta. Universitas-universitas ini menawarkan peringkat pengajian bermula daripada Diploma atau D3 sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) atau S3. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua universitas - universitas ini kerana dapat hadir menyertai pameran pendidikan Ayo Kuliah di Malaysia 4.0. Universitas-universitas yang hadir pada kali ini adalah: 11 Universitas Negeri, iaitu: 1. Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2. Universiti Utara Malaysia (UUM) 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 6. Universiti Teknikal Melaka (UTEM) 7. Universiti Sains Malaysia (USM) 8. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) 9. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 10. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 11. Politeknik Malaysia 5 Government Link University (GLU): 12. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 13. Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) 14. Universiti Teknologi Petronas (UTP) 15. Malaysia Multimedia University (MMU) 16. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 11 universitas swasta yaitu: 17. Kolej UNITI 18. International College of Yayasan Melaka (ICYM) 19. Management & Science University (MSU) 20. Aviation Management College (AMC) 21. East West College 22. Geomatika University College (GUC) 23. Swimburne University 24. Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) 25. Help University 26. Raffles University 27. Asia Pacific University (APU) Sebagai Informasi, biaya perkuliahan di Malaysia secara relatifnya terjangkau jika dibandingkan dengan negara-negara serantau dengan kualitas program studi yang terakui. Kuala Lumpur juga dicatatkan sebagai The Most Affordable Student City oleh QS Best Student Cities 2018. Dengan biaya mulai dari Rp 9 juta per semester, mahasiswa internasional dapat melanjutkan studi di universitas-universitas pilihan mereka di Malaysia. Selain biaya studi dan biaya hidup yang terjangkau, keuntungan lain dari sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah penggunaan Bahasa Inggris sebagai Bahasa pengantar yang pasti akan memberi nilai tambah kepada para mahasiswa. Ini dibuktikan dengan keberadaan 170,000 mahasiswa asing di Malaysia yang datangnya dari lebih 160 negara dari seluruh dunia. Dan 11,000 daripadanya adalah dari Republik Indonesia. Ini menjadikan pendidikan tinggi di Malaysia sebagai platform paparan global kepada para mahasiswa. Menururnya, Dari segi kedudukan atau ranking dunia pula, lima (5) universitas negeri Malaysia dan dua (2) universitas swasta telah tersenarai di dalam kedudukan lima ratus (500) dunia. "Saya berharap semua pengunjung yang hadir pada hari ini dan esok dapat berkonsultansi dan memperoleh maklumat secara terus bersama 27 wakil universitas yang ada," jelas Dubes. Buat para tetamu undangan dari pihak berkepentingan pula, iaitu KEMENDIKBUD, KEMENAG, Universitas - Universitas dan Sekolah - Sekolah Tempatan, ini juga merupakan masa yang tepat untuk berbincang bersama pihak Education Malaysia Indonesia dan wakil universitas Malaysia dalam memperkukuhkan kerjasama pendidikan di antara dua negara seperti joint research, joint publication, joint seminar, joint supervision, students & lecturers exchange, benchmarking dan banyak lagi potensi kerjasama yang boleh diteroka bersama. Selain itu, kita juga ada 4000 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kuliah dari S1 hingga ke S3 di seluruh Indonesia pada masa ini. Dengan ini, secara tidak langsung hubungan bilateral kedua-dua negara akan bertambah erat melalui kerjasama pendidikan. Pameran pendidikan Ayo Kuliah di Malaysia 4.0 juga membawakan agensi-agensi berkaitan untuk bersama-sama pada pameran pendidikan kali ini. Agensi yang turut serta adalah pihak Imigresen Malaysia, Tourism Malaysia, Matrade, Malaysia Airline PERWAKILAN dan juga Maybank. Para pengunjung boleh mendapatkan maklumat-maklumat sampingan seperti urusan visa, pakej pelancongan, promosi tiket pesawat dan juga pakej pinjaman pendidikan. Dikesempatan ini tambah Dubes, juga suka saya maklumkan, Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta bakal menganjurkan satu lagi acara besar pada 30 November ini iaitu Malaysia Charity Bazaar 2019. Acara ini memberi ruang kepada perusahaan Malaysia dan Indonesia untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk mereka kepada warga Jakarta. Hasil  sumbangan yang bakal diperolehi nanti akan diberikan ke pusat-pusat kebajikan di Malaysia dan Indonesia. Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke acara ini nanti dan untuk jualan kupon masuk ada dijual di booth PERWAKILAN di luar dewan ini. "Semoga pameran pendidikan Ayo Kuliah di Malaysia 4.0 berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang hangat sepanjang dua hari berlangsung. Semoga inisiatif pendidikan ini juga dapat mempereratkan lagi silaturrahmi di antara kedua negara,"pungkas Datuk. ( m. Harun)
BERITA TERKAIT

Home | Headline| Nasional| Megapolitan| Nusantara| Ekonomi| Teknologi| Profil| Lipsus| Hiburan| Sususunan Redaksi
© 2013 www.MelayuToday.com - All rights reserved | Diterbitkan oleh Pusat Kajian Peradaban Melayu (PKPM)