Beranda » Nasiional » Kunjungan PM Malaysia Najib Razak ke Maldives Sukses

Minggu, 24 Desember 2017 - 17:05:15 WIB
Kunjungan PM Malaysia Najib Razak ke Maldives Sukses
Diposting oleh : MelayuToday.com
Kategori: Nasiional - Dibaca: 74 kali

Oleh Masud HMN

Buah dari kunjungan  Perdana Menteri  Najib Razak ke Maldives sukses. Antaranya adalah Januari  2018 yang akan datang akan dibuka    hubungan diplomatik resmi antara Malaysia dan Maldives.Persepakatan itu dikehndaki  akan membawa kegairahan dan kemesraan  hubungan antara kedua negara.Kenyataan ini  menarik untuk dikaji. Antara lain

Pertama fokus  pelbagai kerjasama dijalinkan terutama dalam bidang pendidikan, pelancongan, bantuan teknikal dan menangani keganasan selain berkongsi pendapat yang sama dalam pelbagai isu antarabangsa.

Hubungan erat dipupuk sejak sekian lama membuatkan Maldives melihat Malaysia sebagai negara yang model ekonominya boleh dijadikan contoh untuk membangunkan negara kepulauan di Lautan Hindi itu.

Berkongsi pelbagai persamaan nilai terutama agama dan budaya, Kuala Lumpur dan Male melihat hubungan itu perlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan jalinan rakyat kepada rakyat bertambah erat dan menguntungkan kedua-dua negara.

Atas dasar itu, lawatan rasmi selama dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Maldives pada 19 dan 20 Disember lalu atas jemputan Presiden Abdulla Yameen Abdul Gayoom digunakan oleh kedua-dua pemimpin itu untuk berbincang tentang aspek kerjasama yang boleh dijalin dan dipertingkatkan lagi.

Kedua,-dua negara saling menghormati kelebihan ma¬sing-masing dan mahu belajar daripada satu sama lain dalam bidang yang merupakan kepakaran mereka.

Pemerintahan  Malaysia sendiri menyatakan kesediaan untuk membantu Maldives antaranya dalam bidang pembangunan sumber tenaga manusia selain menawarkan kepakaran untuk kerjasama dalam industri halal bagi menjana aktiviti menguntungkan meliputi makanan, pelancongan dan kewangan.

Ini karena sertifikat halal Malaysia menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan penanda aras kepada standard halal dunia yang boleh dieksport ke negara ketiga.

Dalam bidang pengajian tinggi pula, terdapat 1,700 pelajar Maldives menuntut di institusi pengajian tinggi swasta Malaysia dalam pelbagai peringkat termasuk 65 pelajar perubatan.

Untuk memudahkan mereka menjadi doktor bertauliah di Maldives, Malaysia mencadangkan agar tindakan diambil oleh kedua-dua negara untuk mengiktiraf ijazah dan pusat pengajian terlibat.

Dalam aspek pelancongan pula, Malaysia melihat Maldives sebagai negara contoh yang berjaya membangunkan industri berkenaan sehingga melangkaui jangkaan walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah terutama logistik.

Dengan mempunyai 1,190 pulau iaitu 195 pulau sahaja didiami dan kira-kira 90 pulau dibangunkan sebagai pusat peranginan, Malaysia mahu mempelajari keupayaan Maldives membangunkan sektor itu dan menarik syarikat besar melabur dalam bidang perhotelan di situ.

Perdana Menteri melihat sektor itu sebagai peluang meng¬untungkan bagi syarikat Malaysia terlibat.

Meskipun lawatan rasmi pertama Najib itu amat singkat, namun kedua-dua kerajaan berjaya memeterai empat perjanjian persefahaman (MoU) bagi membuka laluan kerjasama lebih luas pada masa depan.

MoU berkenaan adalah berhubung penubuhan Pusat Kebudayaan Maldives di Malaysia, kerjasama dalam bidang kesihatan, pendidikan tinggi serta latihan memadam kebakaran dan menyelamat.

Bagi pihak kerajaan Maldives pula, Abdulla Yameen meng¬akui peranan besar Malaysia dalam membantu pembangunan negara itu dan melahirkan hasrat mahu melihat lebih banyak syarikat Malaysia merebut peluang yang ditawarkan negara itu.

Peluang berkenaan dipermudahkan apabila Maldives bersetuju untuk mewujudkan mekanisme yang sesuai bagi menggalakkan kerjasama perniagaan, perdagangan dan investsi selain meningkatkan kerjasama antara sektor swasta.

Pada masa ini beberapa projek pembangunan di Maldives sedang dilaksanakan oleh syarikat Malaysia antaranya pembinaan kompleks pejabat milik Kementerian Kewangannya selain Ramsay Sime Darby Health Care.

Kedua-dua projek itu adalah penting kepada Maldives dan penglibatan syarikat Malaysia merupakan manifestasi kepercayaan mereka kepada negara.

Akhirnya hal ini merupakan satu lagi sukses Malatsia dibawah PM Najib Razak dalam memasuki masa tahun politik pilihan raya ke 14 Yang tak lama lagi akan dilaksanakan. Harapan rakyat Malaysia  dengan UMNO sebagai organisasi yang berperan tentu saja PM Najib Razak dapat   berlanjut memimpin  Ma[aysia.Mudah2an !

 

Jakarta 24 Desember 2017

*)Masud HMN adalah Doktor Dosen Pascasarjana Universitas  Muhammadiyah Prof Dr Hamka (UHAMKA) Jakarta.


BERITA TERKAIT

Home | Headline| Nasional| Megapolitan| Nusantara| Ekonomi| Teknologi| Profil| Lipsus| Hiburan| Sususunan Redaksi
© 2013 www.MelayuToday.com - All rights reserved | Diterbitkan oleh Pusat Kajian Peradaban Melayu (PKPM)